Jejaka adalah sejenis makhluk yang simple di muka bumi ini. Percaya atau tidak hakikat ini. Beri sahaja kami Xbox 360 dengan tv lcd 42", anda boleh meninggalkan kami selama seminggu tanpa perlu dipelihara dan dibaja. Tidak seperti kaum wanita yang terlalu kompleks dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Nak kena beli kasut, alat mekap lepas itu datang period pula tu setiap bulan. Aq tidak dapat membayangkan kalau aq menjadi seorang wanita kena menghadapi kecederaan faraj setiap bulan. Bagaimana kaum wanita mengharungi waktu period pun menjadi satu keajaiban buat aq sehingga kini. Aq dahlah takowt nampak darah. Sedikit sahaja penampakan darah pun sudah boleh menyebabkan aq menghadapi ejakulasi pramatang. Anyway, walau pun kami ini jejaka makhluk yang simple tetapi itu tidak bermakna tindak-tanduk kami boleh diinterpretasi dengan simple juga. Ayuh kita mengenali sifat-sifat seorang jejaka yang tersurat dan tersirat:
1) Sekiranya jejaka anda menemani anda bershopping, usahlah kecewa jika jejaka anda hanya duduk menunggu di 'Husband's Chair'. Maybe it's true for men, shopping is boring. Hakikat yang sebenar-benarnya kami tidak mahu melunturkan semangat shopping anda. Demi menjaga hati kalian kaum wanita, kami lebih rela mendiamkan diri daripada memberi pendapat apabila anda bertanya kepada kami "Cantik tak baju ropol-ropol kat ketiak I nie?". Jawapan kami semua sama sahaja "Ok kowt" or "Mahal sangatlah U".
2) Jika jejaka anda tidak membawa anda keluar join group lelaki mereka melepak untuk menonton perlawanan EPL di warong mamak berdekatan, anda janganlah PMS menyangka bahawa jejaka anda mengutamakan kawan-kawannya sahaja. Kami sentiasa mementingkan anda. Kami tidak mahu anda duduk termenung kebosanan sehingga tumbuh misai apabila kami semua membincangkan tentang markah Fantasy Football kami minggu ini. Kami juga tidak mahu anda menjadi trauma dengan lawak-lawak seksual yang akan kami lontarkan tanpa belas kasihan.
3) Kalau jejaka anda tidak menelifon anda, usahlah anda bersedih menyangka kami tidak rindukan anda. Kami sentiasa merindui anda tetapi hakikat yang sebenarnya kredit kami sudah kering kontang akibat dari terlalu banyak bergayot dengan anda. Hendak pergi ke public phone semuanya sudah menjadi mangsa vandalisme. Lagi pun malam-malam kami takowt untuk pergi ke public phone kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa gigitin pontianak yang suka bertenggek di pondok telifon.
4) Kalau kami tidak mahu membelikan anda baju-baju seksi di butik-butik pakaian yang ternama. Usahlah marah dan merasa kecewa menyangka kami ini kedekut dan kolot tentang fesyen-fesyen mazmumah sebegini. Hakikatnya kami tidak mahu pakaian-pakaian yang menampakkan buah dada anda itu menjadi modal untuk jejaka-jejaka dayus di luar sana mengeplotasinya untuk dibuat ciploit-ciploit.
5) Usah merasa sedih sekiranya jejaka anda hanya tersenyum apabila anda bertanya "Cantik tak mekap I?". Sebenarnya kami tidak mahu mengguriskan hati anda dengan berlaku ikhlas mengatakan solekan anda terlalu tebal seperti bomoh hujan.
6) Jika jejaka anda memerhatikan gadis yang anda rasa hangat lalu di hadapan anda, usah mudah marah dan merasa cemburu. Hakikat sebenarnya gadis yang kami sedang perhatikan itu bulu hidung dia terkeluar sedikit, itu yang menyebabkan kami tenung kehairanan.
7) Jika anda berjaya mengkantoikan jejaka anda sedang menonton filem-filem pornografi ringan, usahlah cepat marah merasakan bahawa jejaka anda sedang horny. Hakikat sebenarnya adalah....... Oklah yang ini memang betul tengah horny.
Kesimpulannya sayangilah jejaka anda sepenuh hati dan perasaan anda walaupun kadang-kadang kami ni act like a big jerk. Assalamualaikum. :)